Penutupan lorong, pengaktifan aliran kontra di KM14.9 dan KM16.2 di NKVE – 26-28 Ogos, 11 malam-5 pagi

Penutupan lorong, pengaktifan aliran kontra di KM14.9 dan KM16.2 di NKVE – 26-28 Ogos, 11 malam-5 pagi

[ad_1]

Penutupan lorong, pengaktifan aliran kontra di KM14.9 dan KM16.2 di NKVE – 26-28 Ogos, 11 malam-5 pagi

Setia Utama LRT 3, selaku kontraktor utama projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), telah mengumumkan terdapat penutupan lorong dan pengaktifan aliran kontra di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) bagi kelancaran kerja-kerja pembinaan LRT3 di lokasi berkenaan.

Ia dijadualkan bakal dilaksanakan pada Sabtu ini (26 Ogos 2023) sehingga Isnin (28 Ogos 2023), antara jam 11 malam hingga 5 pagi yang melibatkan lalaun di KM14.9 hingga KM16.2 di NKVE.

Bagi yang datang dari arah Shah Alam/Subang menghala ke Kuala Lumpur/Sungai Buloh, akan dilencongkan di laluan bertentangan di NKVE menerusi trafik aliran kontra. Terdapat tiga lorong akan disediakan untuk pemandu yang bergerak ke arah bertentangan dari Kuala Lumpur/Sungai Buloh menuju ke Shah Alam/Subang.

Penutupan lorong, pengaktifan aliran kontra di KM14.9 dan KM16.2 di NKVE – 26-28 Ogos, 11 malam-5 pagi

Sementara itu, pengguna lebuhraya yang datang dari arah Shah Alam/Subang menghala ke stesen Petronas dan Shell, akan dilencongkan ke lorong paling kanan berhampiran Condo Vista Subang. Sekiranya anda menuju ke Kuala Lumpur/Sungai Buloh dari stesen Petronas, anda juga akan dilencongkan ke lorong paling kiri dan memasuki semula NKVE.

Bagi pengguna yang datang dari arah Kuala Lumpur/Sungai Buloh melalui lorong paling kanan akan dilencongkan ke lorong tengah di NKVE apabila menghampiri petugas kawalan di aliran kontra berkenaan. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan itu, Setia Utama LRT 3 turut memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh para pengguna NKVE sepanjang pelaksanaan penutupan lorong dan pengaktifan aliran kontra berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Back To Top
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x